Cinta Enta Enti

Enta kan sahabat baik ana..."

Majdi angguk.

"Jangan tinggalkan ana ok?"

Majdi tersenyum.

****

Hujan di luar rintis-rintis. Bergabung bersama embun malam yang sedia sejuk.

Majdi menghembus nafas. Termenung. Perkataan 'sahabat baik' berlegar di kepalanya.

Memang sahabat baik. Tapi dia, seorang Zainah. Yang mana: Saya, enta. Dan kamu, enti.

Dan hari-hari yang berlalu. Dan dengan telinga yang semakin mendengar. Dan bersama mata yang terus membaca. Hati ingin terus berubah

Hanzalah memerhati.

"Apa termenung bro?"

"Tak ada apa.."

Majdi jawab segan-segan.

" 'Dia' yang kamu tunggu, adalah kamu sendiri.."

Majdi mengangkat kening.

"Maksudnya?"

"Kamu yang menyunting dan gubah bunga yang kamu mahukan.."

Majdi sayang akan Zainah. Dia tak mahu sahabatnya itu menangis. Dia kenal akan sahabatnya yang amat memerlukannya. Yang selalu mengadu masalah padanya. Yang selalu bersama berkongsi cerita.

But she is still she. Still ustazah and not ustaz.

"Jom malam ni?"

Haram Kahwin Satu Kelas

Maher Din dan Khairul Fahmi yang baru balik dari solat jemaah Jumaat di Masjid Kampung Sungai Limau Sungai Besar, berborak-borak sambil berjalan.


Khairul Fahmi: Aku nak kawin la Din

Maher Din: Alhamdulillah, dengan budak mana tu?

Khairul Fahmi: Satu kelas Din..

Maher Din: Ish mana boleh kawin satu kelas… haram tuh!

Belajar Daripada Ranting Kayu

Satu ketika, seorang lelaki terserempak dengan seorang kanak-kanak yang sedang menangis. Dalam keadaan hairan, lelaki itu bertanya kepada kanak-kanak tersebut,
Kenapa kamu menangis wahai anak kecil?

Kanak-kanak itu lantas menjawab,
Saya menangis kerana takutkan azab api neraka..

Kerana kasihan melihat keadaan kanak-kanak tersebut, lelaki itu berkata,

Nasab Dan Nama Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad SAW adalah As-Sayyid Al-Kamil (junjungan yang sempurna), Al-Fatih (sang pembebas) dan Al-Khatim (penutup para Nabi dan Rasul). 


Nama lengkapnya adalah Muhammad bin Abdillah bin Abdul Muththalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nazzar bin Ma’d bin Adnan. Adnan adalah salah seorang keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim.

Cinta di Pasaraya

Semalam di pasaraya. Tempat sesak, ramai sekali manusia berpusu-pusu di dalamnya. Masing-masing ada tujuan dan destinasi tersendiri. Ada yang berseorangan. Lebih ramai yang datang berpasangan. Kebanyakan daripada mereka datang berkumpulan, dengan keluarga atau teman-teman.


Matanya asyik memerhati gelagat dan telatah orang-orang yang lalu lalang. Dia selalu begitu, matanya suka memerhati. Bukan untuk mengintai aib orang tetapi dia suka melihat gelagat manusia, terutama di tempat ramai dan terbuka. Cuba menilai dan mengambil pengajaran.


Tersenyum dia melihat babak yang cukup menyentuh hatinya. Troli masih ditolaknya. Namun kakinya memperlahankan langkah. Sementara sahabatnya masih ralit memilih roti untuk dibeli. Dia pula asyik memerhati pasangan yang sedang berjalan melintasinya dari kiri.


Pasangan datuk dan nenek berjalan berpimpingan tangan, bersenda mesra. Ada bahagia pada wajah dan gerak geri mereka. 'Bahagia yang semulajadi', dia dengar suara hatinya menyakinkan. Bahagia yang bukan dibuat-buat, bahagia yang tulus dari cerminan hati keduanya.